BMW F 450 GS Serba Baharu Diperkenalkan, Harga Anggaran RM40K

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan BMW F 450 GS yang serba baharu, sekali gus menandakan kehadiran semula semangat legenda GS dalam bentuk yang lebih ringan dan lebih lincah.

Model ini yang dipertontonkan julung kalinya sebagai model konsep di pameran motosikal antarabangsa EICMA pada tahun 2024, BMW F 450 GS versi pengeluaran mengekalkan identiti reka bentuk yang tersendiri serta kejuruteraan berprestasi tinggi daripada visi asal tersebut. Model ini direka khusus untuk penunggang yang mencari keseimbangan terbaik antara kegunaan harian, keselesaan untuk perjalanan jarak jauh dan keupayaan tunggangan lasak, tanpa dibebankan berat serta kerumitan yang sering dikaitkan dengan motosikal berkapasiti enjin lebih besar.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata: “Legasi GS sentiasa berkisar tentang kebebasan — kebebasan untuk meneroka, menyesuaikan diri dan melangkaui batasan tanpa mengira sama ada di jalan raya atau laluan lasak. Dengan BMW F 450 GS yang baharu, kami membawa konsep yang sama kepada lebih ramai penunggang di Malaysia. Ini bukan sekadar model yang dikecilkan skalanya, tetapi sebuah motosikal yang dibangunkan khusus untuk mencerminkan semua ciri yang sinonim dengan GS iaitu kelincahan, kepelbagaian dan keseronokan tunggangan sebenar, dalam satu pakej yang memberikan kawalan mudah sebaik sahaja pendikit dipulas. Sama ada mengharungi kesesakan trafik di bandar, menelusuri jalan berliku di kawasan pergunungan atau menempuh laluan mencabar, BMW F 450 GS menawarkan keyakinan dan keupayaan yang menjadi identiti nama GS.

Beliau menambah: “BMW F 450 GS Baharu memenuhi permintaan terhadap motosikal yang lebih ringan, lebih mudah dikendalikan, namun tidak berkompromi daripada segi kualiti mahupun teknologi. Model ini menawarkan pengalaman tunggangan yang menyeronokkan, mengendalikan setiap selekoh umpama bergerak seiring dengan naluri penunggang, sambil kekal stabil dan meyakinkan walau ke mana sahaja destinasi. Bagi penunggang yang mengutamakan keupayaan sebenarMalaysia berbanding saiz semata-mata, model ini memberikan pengalaman tunggangan GS yang paling autentik.

Ciri-ciri utama:
  • Nadi BMW F 450 GS merupakan enjin dua silinder sebaris 420cc serba baharu yang disejukkan cecair.
  • Ia menghasilkan kuasa maksimum 35 kW (48 hp) pada 8,750 rpm dan tork maksimum 43 Nm pada 6,750 rpm, membolehkan pecutan 0 hingga 100 km/j dicapai dalam masa 5.9 saat serta kelajuan maksimum 165 km/j, sambil mengekalkan penggunaan bahan api yang rendah pada kadar 3.8 l/100 km.

  • Sistem pelinciran jenis takungan basah dengan pam minyak yang digerakkan oleh rantai memastikan bekalan minyak pelincir yang konsisten.
  • Model ini dilengkapi dengan BMW Easy Ride Clutch (ERC) iaitu sistem klac sentrifugal yang memudahkan kawalan klac ketika memulakan perjalanan, menukar gear dan pergerakan di laluan mencabar.

  • Sistem klac digabungkan dengan BMW Shift Assistant Pro untuk penukaran gear tanpa menggunakan tuil klac.
  • Lampu depan LED bersama lampu siang berbentuk “X”.

  • Hendal yang diperbuat daripada tiub aluminium yang terletak tinggi dan dekat dengan badan penunggang.
  • Pelindung tangan berwarna putih turut disertakan sebagai kelengkapan standard.

  • Tangki bahan api berkapasiti 14 liter.
  • Daripada segi dimensi casis, motosikal ini mencirikan jarak roda 1,465 mm, sudut stereng 28.1 darjah dan jejak roda (‘trail‘) 115 mm.

  • Suspensi depan terdiri daripada fork jenis terbalilk dengan tiub dalaman berdiameter 43 mm dan jarak pergerakan sebanyak 180 mm. Ia boleh dilaras untuk redaman mampatan dan lantunan.
  • Penyerap hentak belakang turut dilengkapi pelarasan pra-beban spring serta redaman lantunan yang boleh dilaraskan. Jarak pergerakan suspensi belakang juga mencapai 180
    mm.

  • Rim depan dan belakang diperbuat daripada aluminium tuang dengan saiz 2.5 x 19 inci dan 3.5 x 17 inci, yang masing-masing dilengkapi dengan tayar tanpa tiub 100/90-19 dan 130/80-17.
  • Roda depan dilengkapi cakera brek terapung tunggal terapung 310 mm terapung dengan kaliper empat piston Brembo, dan cakera tunggal 240 mm dengan kaliper terapung satu piston di belakang.

  • Kelengkapan elektronik termasuklah ABS Pro, Dynamic Brake Control (DBC), Dynamic Traction Control (DTC) dan Engine Drag Torque Control (MSR), Riding Modes Pro, yang menawarkan empat mod tunggangan: “Rain”, “Road”, “Enduro” dan “Enduro Pro”.
  • Daripada aspek keterhubungan, ia dilengkapi dengan paparan TFT 6.5 inci, yang menawarkan kepelbagaian maklumat, kualiti paparan dan kemudahan penggunaan yang disambungkan kepada Multi-Controller.

  • Khusus bagi BMW F 450 GS Baharu Edisi Trophy, pelindung enjin aluminium turut disertakan sebagai kelengkapan standard.

BMW F 450 GS Trophy Baharu ditawarkan secara eksklusif dalam warna GS Trophy Racing Blue Metallic.

Anggaran harga bagi BMW F 450 GS Trophy Baharu adalah: RM40,000.00.

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW F 450 GS Trophy Baharu, sila layari laman web BMW Motorrad Malaysia.