HLYM Raikan Ulang Tahun Ke-20 Yamaha 135LC dengan Model Edisi Terhad
Bersempena ulang tahun ke-20 Yamaha 135LC di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (“HLYM”) memperkenalkan empat warna baharu yang menarik sebagai penghargaan kepada karakter berani dan semangat dinamik yang telah membentuk legasi model ikonik ini.
Selama dua dekad, Yamaha 135LC telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup penunggang di Malaysia. Sejak diperkenalkan pada tahun 2006, ia telah menemani pelajar, golongan yang baru memulakan kerjaya, individu bekerja serta para peminat motosikal melalui pelbagai fasa kehidupan.

Diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya dan diterima baik oleh komuniti penunggang di seluruh negara, Yamaha 135LC telah berkembang melangkaui peranannya sebagai sebuah motosikal untuk menjadi ikon Malaysia yang sebenar, terkenal dengan prestasi, kebolehpercayaan dan karakter tersendiri.
Menandakan lembaran baharu dalam perjalanan sebuah ikon, Yamaha 135LC kini tampil dengan empat pilihan warna baharu yang menarik:
‘Celeste 20th Anniversary, Limited Edition’
Sebagai penghormatan kepada dua dekad kecemerlangan Yamaha 135LC, Edisi Terhad ini hadir dengan Bakul Ulang Tahun Ke-20 eksklusif yang menampilkan nombor siri khas, sebagai tanda pengeluaran terhad sempena sambutan ulang tahun ke-20 model ikonik ini. Terhad kepada hanya 5,000 unit di seluruh negara, edisi ini dihasilkan khas bagi meraikan legasi sebuah ikon yang terus menjadi kebanggaan generasi demi generasi.

‘Matador Red’
Melambangkan kelincahan dan tindak balas pantas, diilhamkan oleh pengendalian lincah serta prestasi bertenaga Yamaha 135LC di jalanan bandar.

‘Tank White’
Mencerminkan ketepatan dan kekuatan menerusi penampilan yang bersih, kemas dan penuh keyakinan.

‘Samba Green’
Menampilkan aura yang bertenaga dan personaliti yang berani, mencerminkan semangat ekspresif Yamaha 135LC.

Keempat-empat warna baharu Yamaha 135LC akan mula ditawarkan di pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 9 Jun 2026. Celeste 20th Anniversary, Limited Edition ditawarkan pada harga jualan yang disyorkan sebanyak RM8,798.00, manakala Matador Red, Tank White dan Samba Green ditawarkan pada harga jualan yang disyorkan sebanyak RM8,298.00 (semua harga tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran).
Sebagai manfaat tambahan, setiap pembelian turut didatangkan dengan kunci cakera Yamaha percuma bernilai RM100.00, memberikan ketenangan minda tambahan kepada penunggang dalam setiap perjalanan.
Sempena 20 tahun Yamaha 135LC di jalan raya Malaysia, warna-warna baharu ini meraikan bukan sahaja evolusi sebuah motosikal ikonik, tetapi juga kenangan, persahabatan dan perjalanan yang telah dikongsi oleh penunggang di seluruh negara. Dari perjalanan harian hingga tunggangan hujung minggu, Yamaha 135LC kekal sebagai teman setia pelbagai generasi. Dua dekad berlalu, legasi ini terus hidup untuk menginspirasi bab baharu penunggang Malaysia.