• FOOD PREP IDEA For 1 Week (1)

    FOOD PREP IDEA For 1 Week (1)
    FOOD PREP IDEA For 1 Week (1)
    FOOD PREP IDEA For 1 Week (1)
    FOOD PREP IDEA For 1 Week (1)
    FOOD PREP IDEA For 1 Week (1)
    FOOD PREP IDEA For 1 Week (1)
    FOOD PREP IDEA For 1 Week (1)
    FOOD PREP IDEA For 1 Week (1)

    Hi lemoners.. harini i nak share dengan korang idea food preparation untuk 1 minggu.

    Bila dah buat food prep ni senang kita nak plan untuk masak apa. Contoh beli bahan yang boleh masak beberapa jenis lauk.

    1) Ikan siakap

    Untuk ikan siakap kalini masak dengan 3 rasa. So bahan-bahan yang kita masak 3 rasa ni lebihannya kita boleh guna untuk masak minggu ni jugak. Cth: tomato, carrot, cili, serai, halia

    2) Daging

    untuk minggu ni boleh masak sup daging. So boleh guna juga tomato, carrot, serai, halia, sup simple makan dengan nasi bertambah-tambah.

    3) Udang

    Udang masak lemak cili api minggu ni. Masak dengan belimbing buloh pun sedap. So i sediakan udang, serai, halia, cili, santan

    4)Ayam

    Ayam masak kicap menu keempat. Boleh gunakan cili, halia, carrot, cili dan juga kentang

    5)Ikan kembung

    Ikan ni kalau fresh sedap masak singang atau pindang kalau utara macam i. Gunakan serai, halia, kunyit dan cili besar.

    6) Ayam

    Kari ayam minggu ni kita buat bersama kentang dan carrot, boleh jugak masukkan tomato. So perlukan santan. Kalau ada lebihan santan masak udang boleh guna.

    7)Ikan selar

    menu last minggu ni kita buat selar bakar cicah bersama air asam. Ok jugak kan. Banyakkan sayur . Taknak bakar goreng pun boleh tapi kalau nak healty sikit boleh bakar.

    Itu saja menu prep minggu ni. Semoga food prep kalini sikit sebanyak bagi idea korang untuk masak.

    Ini adalah cara i berjimat dalam plan untuk belanja dapur. Beli bahan yang boleh masak beberapa jenis lauk. So takdela membazir.

    Like, save & share untuk manfaat bersama.